SEREMBAN 2 - Satu sesi Program Turun Padang (Outreach) Bil 3/2017 telah diadakan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 30 Mac 2017 bertempat di Dewan Pavilion, LPPKN, Seremban 2.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada semua pertubuhan dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada ROS seperti menghantar laporan tahunan. Aktiviti turun padang juga menyediakan platform kepada ROS untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai kepentingan mendaftarkan pertubuhan.
Pihak ROS juga turut membentangkan Code Of Good Governance yang di dalamnya terkandung kod tadbir urus baik bagi pertubuhan.
MPS telah menekan berhubung aspek keselamatan seperti Gated Community & Guarded Neighbourhood dan perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh persatuan dalam melaksanakannya.
Persatuan Taman Seremban 3 (PPS3) diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Tn Hj Muhamad Nasir Jaafar dan Setiausaha, Pn Norrazila (Aneem) Hj Idris telah menghadiri program tersebut.
0 comments:
Post a Comment