Showing posts with label Geran Persatuan Penduduk. Show all posts
Showing posts with label Geran Persatuan Penduduk. Show all posts

16 April 2018

Kerja-Kerja Pemasangan Barrier Gate & Speed Bump Taman Seremban 3

16 April 2018 - Kerja-kerja pemasangan barrier gate dan speed bump Taman Seremban 3 sedang dilaksanakan oleh pihak pembekal. Penguatkuasaan penggunaan barrier gate ini akan dilaksanakan selepas pihak persatuan mengedarkan access card.

Sehubungan itu, mohon jasa baik semua residen untuk mengemaskini bayaran yuran keselamatan dengan kadar segera bagi mengelakkan kesulitan akses ke Taman Seremban 3.







23 February 2018

Pemakluman: Pelaksanaan Palang Automatik


Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) dalam proses membuat perolehan untuk palang automatik dengan sistem 'Access Card'. Pemasangan dijangka akan dilaksanakan dalam waktu terdekat. 

Sehubungan itu, PPTS3 memohon kerjasama semua residen untuk mengemaskini yuran keselamatan bagi mengelakkan masalah akses kenderaan anda.

Kerjasama semua residen didahului dengan ucapan terima kasih.

1 January 2018

Notis Pemberitahuan


4 Januari 2018 - Notis pemberitahuan berhubung:-
  1. Kelulusan pemasangan meter TNB dan SAINS untuk pondok pengawal TS3
  2. Kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor MA Elekscon
  3. Pemasangan CCTV, Auto-barrier gate, speedbump dan lain-lain selepas selesai kerja-kerja diatas
  4. Penganugerahan geran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)

20 December 2017

PPTS3 Menerima Geran Persatuan Penduduk Tahun 2017


Syabas dan Tahniah kepada semua Penduduk Taman Seremban 3 kerana telah menerima Geran Persatuan Penduduk Tahun 2017 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berjumlah RM7,000.00.

Terima kasih dengan berkerjasama dan komitmen yang amat cemerlang semua Residensi TS3. Semoga TS3 akan lebih cemerlang pada masa hadapan!

30 March 2017

Penyertaan AJK PPS3 ke Program Turun Padang (Outreach) ROS dan MPS

Taman Seremban 3


SEREMBAN 2 - Satu sesi Program Turun Padang (Outreach) Bil 3/2017 telah diadakan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 30 Mac 2017 bertempat di Dewan Pavilion, LPPKN, Seremban 2.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada semua pertubuhan  dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada ROS seperti menghantar laporan tahunan. Aktiviti turun padang juga menyediakan platform kepada ROS untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai kepentingan mendaftarkan pertubuhan.

Taman Seremban 3

Taman Seremban 3


Pihak ROS juga turut membentangkan Code Of Good Governance yang di dalamnya terkandung kod tadbir urus baik bagi pertubuhan.

MPS telah menekan berhubung aspek keselamatan seperti Gated Community & Guarded Neighbourhood dan perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh persatuan dalam melaksanakannya.
Persatuan Taman Seremban 3 (PPS3) diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Tn Hj Muhamad Nasir Jaafar dan Setiausaha, Pn Norrazila (Aneem) Hj Idris telah menghadiri program tersebut.

29 March 2017

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Seremban 3

Taman Seremban 3


SEREMBAN 3 - Mesyuarat Agung PPS3 telah diadakan pada 26 Mac 2017 bermula jam 10 pagi di Gelanggang Futsal Taman Seremban 3. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Ahmad Zaki bin Abdullah setelah ahli jawatankuasa sesi 2015/2016 dibubarkan.

Mesyuarat membincangkan isu-isu persatuan dan pembinaan pondok pengawal. Satu pemilihan baharu AJK telah dilaksanakan dan barisan AJK baharu telah dilantik secara undian. Keputusan undian adalah seperti berikut:-

Pengerusi
En Riduzan (Jang) Razaly

Timbalan Pengerusi
Tuan Hj Muhamad Nasir Jaafar

Setiausaha
Pn Norrazila (Aneem) Hj Idris

Penolong Setiausaha
En Teo Chun Lin

Bendahari
En Pang Chee Keong

Ahli Jawatankuasa
  • En M. Sharmendran
  • Pn Anny Choo
  • En Mohd Azim Md Rashid
  • Pn Phurzhehan Jhinnu

Taman Seremban 3

Taman Seremban 3

Taman Seremban 3