17 April 2017

Pembayaran Yuran Persatuan dan Yuran Pengawal Keselamatan

 

Untuk makluman semua ahli Persatuan Penduduk Seremban 3, terdapat 2 jenis bayaran yuran yang dibayar kepada akaun Maybank Persatuan Penduduk Seremban 3 iaitu:
MAYBANK - 5551 7151 5063

1. YURAN PERSATUAN

Yuran ahli persatuan seperti yang tertakluk dalam Fasal 6 Seksyen 1 dan 2 Perlembagaan Persatuan Penduduk Seremban 3 adalah seperti berikut:

a) YURAN PENDAFTARAN AHLI 
RM 15.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas sahaja)

b) YURAN TAHUNAN 
RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima sahaja)

*Bagi ahli-ahli yang sebelum ini membayar yuran pendaftaran sebanyak RM12.00 adalah diminta supaya menjelaskan baki RM3.00 (Ringgit Malaysia Tiga sahaja) beserta yuran tahunan dalam kadar segera untuk tindakan persatuan.

2. YURAN PENGAWAL KESELAMATAN

Yuran pengawal keselamatan adalah bayaran yuran yang dibuat secara bulanan oleh ahli-ahli yang bersetuju untuk mengadakan kawalan keselamatan di dalam Taman Seremban 3. Seperti yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Agung yang lepas, bayaran yuran pengawal keselamatan adalah seperti berikut:

BULAN PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA
RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus sahaja)

BULAN KEEMPAT SEHINGGA KESEMBILAN
RM 65.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Lima sahaja)

BULAN KE-10 DAN SETERUSNYA
RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja)

PERINGATAN PENTING

Bagi ahli-ahli yang mempunyai tunggakan bayaran atau sudah membuat bayaran yuran-yuran di atas, adalah diminta supaya memaklumkan kepada Bendahari PPS3 iaitu Pn. Rohani Abdullah bersama-sama maklumat seperti NAMA, NO. RUMAH & JENIS YURAN/BULAN YANG DIBAYAR melalui 2 cara berikut:
1. Emel resit transaksi bayaran ke pps3.acc@gmail.com

2. Hantarkan screenshot resit bayaran melalui Whatsapp kepada Bendahari di nombor 016 920 6426 (mesej yang dihantar akan dibalas selepas jam 6 petang).
Resit penerimaan bayaran akan dikeluarkan selepas penyata akaun Persatuan diterima daripada pihak bank pada pertengahan bulan setiap bulan. Ahli boleh memilih untuk menerima resit kertas yang akan dimasukkan ke dalam peti surat rumah pembayar atau resit PDF yang akan diemelkan kepada pembayar oleh Bendahari.

0 comments:

Post a Comment