Showing posts with label pondok pengawal. Show all posts
Showing posts with label pondok pengawal. Show all posts

16 April 2018

Kerja-Kerja Pemasangan Barrier Gate & Speed Bump Taman Seremban 3

16 April 2018 - Kerja-kerja pemasangan barrier gate dan speed bump Taman Seremban 3 sedang dilaksanakan oleh pihak pembekal. Penguatkuasaan penggunaan barrier gate ini akan dilaksanakan selepas pihak persatuan mengedarkan access card.

Sehubungan itu, mohon jasa baik semua residen untuk mengemaskini bayaran yuran keselamatan dengan kadar segera bagi mengelakkan kesulitan akses ke Taman Seremban 3.







14 March 2018

Penukaran Pas Masuk (Sementara) Taman Seremban 3


14 Mac 2018 (Rabu) - Hasil pemantauan dan laporan daripada Pengawal Keselamatan (PK) bertugas, terdapat residen di Taman Seremban 3 menggunakan pas lama yang telah difotokopi. Terdapat juga bukan residen TS3 turut memiliki pas fotokopi tersebut. Tindakan tidak bertanggungjawab ini merupakan satu ancaman terhadap keselamatan.

Bagi memastikan pemegang-pemegang pas adalah residen TS3, Persatuan telah mengeluarkan pas baharu khas untuk membezakan residen dan penyewa yang terdiri daripada pelajar-pelajar.

Kad ini akan dibezakan dari segi warna dan terdapat tarikh luput penggunaan. Selain itu setiap pelajar yang ingin memohon pas diminta mengisi borang dan menyertakan salinan kad pelajar sebagai pengesahan.

Bagi residen / pemilik rumah yang menggunakan pas masuk fotokopi, tuan / puan boleh mendapatkan 2 pas baharu yang diberikan percuma untuk setiap rumah (yang masih menggunakan pas fotokopi berwarna kuning).

Borang permohonan pas boleh didapati di pondok keselamatan.

Persatuan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Langkah ini diambil sebagai salah satu langkah transisi kepada penggunaan auto-barrier gate yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Sekian, terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama tuan / puan.

Persatuan Penduduk Taman Seremban 3
Bersatu. Mesra. Kerjasama.

4 March 2018

Gotong-Royong Mengalih Pondok Pengawal Sementara Ke Kawasan Lapang Bersebelahan Fasa 1 Taman Seremban 3


4 Mac 2018 (Ahad) - Jutaan terima kepada semua yang telah sudi datang membantu mengalihkan pondok pengawal sementara ke kawasan lapang bersebelahan fasa 1. Pondok pengawal ini akan menjadi post pengawal keselamatan bagi mengawal akses masuk secara tidak sah sehingga pembinaan pagar selesai. 

Kerjasama dan tenaga tuan-tuan adalah amat amat dihargai. Terima kasih atas keprihatinan residen termasuk pelajar-pelajar UiTM Seremban 3 yang turut sama membantu. Semoga jasa baik semua dirahmati Allah.

23 February 2018

Pemakluman: Pelaksanaan Palang Automatik


Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) dalam proses membuat perolehan untuk palang automatik dengan sistem 'Access Card'. Pemasangan dijangka akan dilaksanakan dalam waktu terdekat. 

Sehubungan itu, PPTS3 memohon kerjasama semua residen untuk mengemaskini yuran keselamatan bagi mengelakkan masalah akses kenderaan anda.

Kerjasama semua residen didahului dengan ucapan terima kasih.

1 January 2018

Notis Pemberitahuan


4 Januari 2018 - Notis pemberitahuan berhubung:-
  1. Kelulusan pemasangan meter TNB dan SAINS untuk pondok pengawal TS3
  2. Kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor MA Elekscon
  3. Pemasangan CCTV, Auto-barrier gate, speedbump dan lain-lain selepas selesai kerja-kerja diatas
  4. Penganugerahan geran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)

1 June 2017

Sebut Harga Terbuka Bagi Pembinaan Pagar Di Taman Seremban 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk makluman semua, tawaran sebutharga untuk pembinaan pagar Taman Seremban 3 kini dibuka. Sesi taklimat dan lawatan tapak bagi sebutharga tersebut akan diadakan pada ISNIN (5 JUN 2017) jam 3 petang. Kehadiran penyebutharga bagi sesi taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN.


20 May 2017

Permohonan Pas Masuk (Sementara) Tambahan


Persatuan Taman Seremban 3

Bagi tujuan keselamatan dan kawalan keluar masuk ke Taman Seremban 3, Persatuan Taman Seremban 3 (PPTS3) telah mengimplimentasi Penggunaan Pas Masuk (Sementara) bagi residen di Taman Seremban 3. 

Pas Masuk (Sementara) ini telah berkuat kuasa dari tahun 2015 sehingga kini. PPTS3 bercadang akan menggantikan Pas Masuk (Sementara) ini dengan Kad Akses Sistem Palang Automatik apabila sistem palang automatik diguna pakai sepenuhnya setelah siap pembinaan pondok pengawal Taman Seremban 3.

Bagi residen yang ingin memohon Pas Masuk (Sementara) tambahan, tuan/puan boleh berhubung terus dengan Setiausaha PPTS3 atau dapatkan borang tersebut di pondok pengawal TS3 atau mengisi secara online pada borang di pautan berikut:- 

PERHATIAN:-

  1. Dua (2) Pas Masuk (Sementara) akan diberikan secara percuma selepas tuan/puan mendaftar sebagai ahli PPTS3 dan membayar yuran kawalan keselamatan.

  2. Bagi mendapatkan Pas Masuk (Sementara) tambahan, caj sebanyak RM3.00 dikenakan bagi setiap pas.

  3. Bagi bayaran yang dibuat secara online atau Cash Deposit Machine (CDM), sila emelkan resit transaksi bayaran ke pps3.acc@gmail.com atau Whatsapp screenshot resit ke 016-9206426 untuk rekod Bendahari PPTS3.

PAS MASUK PELAWAT


Untuk makluman Residen Taman Seremban 3, bagi pelawat yang berkunjung ke Taman Seremban 3, mereka dikehendaki mendaftar di pondok pengawal dan akan diberikan pas pelawat seperti berikut:-

Residen Taman Seremban 3

3 May 2017

Perkembangan Terkini Pembinaan Pondok Pengawal Taman Seremban 3

Berikut adalah perkembangan terkini pembinaan pondok pengawal keselamatan yang telah bermula pada 27 April lepas. 






Semua penduduk juga diingatkan supaya memperlahankan kenderaan ketika keluar dan masuk ke dalam Taman Seremban 3 bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini sepanjang proses pembinaan sedang berjalan. 

28 April 2017

Sesi Gotong-Royong & Ramah Mesra Taman Seremban 3


Sekali lagi satu sesi gotong-royong dan ramah mesra telah diadakan pada petang semalam (27 April 2017) bermula jam 5.30 petang. Sesi gotong-royong pada kali ini bertujuan untuk memastikan laluan utama ke Taman Seremban 3 berhampiran pondok pegawal adalah bersih dan tiada halangan terutama pada kenderaan berat seperti lori SWM. Memandangkan sebahagian jalan masuk tersebut telah disekat untuk memberi laluan kepada pembangunan pondok pengawal baharu. 

Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang meluangkan masa untuk hadir ke sesi gotong-royong tersebut walaupun perancangan dan pemaklumannya agak lewat. Terima kasih juga kepada Puan Bella Azahar kerana menyumbang minuman dan kuih-muih.




27 April 2017

Kerja-Kerja Pembinaan Pondok Pengawal Taman Seremban 3


Kerja-kerja pembinaan pondok pengawal Taman Seremban 3 secara rasmi telah bermula pada hari ini (27 April 2017) dan dijangka siap dalam tempoh satu bulan. Kontraktor dari Aman Damai Sdn Bhd telah memulakan kerja mengorek jalan bagi penyediaan tapak pondok pengawal tersebut. Kerja-kerja pembangunan dirancang dan diselia oleh Pasukan Projek Pembangunan Pondok Pengawal yang diketuai oleh mantan pengerusi PPTS3, En Harris.

Sehubungan itu, pihak Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) menasihatkan penduduk agar mengambil sikap berhati-hati semasa menggunakan laluan tersebut. Kemungkinan akan berlaku sedikit kesesakan terutamanya pada waktu-waktu puncak.

Diharap semua pengguna dan komuniti TS3 dapat bersabar sepanjang tempoh tersebut. Kesulitan demi keselesaan kita pada masa hadapan.


26 April 2017

Gotong-Royong Pemindahan Pondok Pengawal Sementara


Satu gotong-royong telah diadakan pada hari Sabtu (22 April 2017) yang lalu untuk memindahkan pondok pengawal sementara bagi memberi laluan kepada pembangunan pondok pengawal.

Kerja-kerja pemotongan jalan telah dilakukan oleh pihak kontraktor dan pembinaan pondok pengawal yang baharu dijangka akan dijalankan pada bila-bila masa.

Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) telah melantik mantan pengerusi PPTS3, En Muhammad Harris bin Abdullah sebagai Ketua Pasukan - Projek Pembangunan Pondok Pengawal seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Tahunan yang lalu. Satu pasukan projek telah beliau tubuhkan bagi melancarkan tadbir urus projek tersebut.

Persatuan amat menghargai pengorbanan masa, buah fikiran dan tenaga yang diberikan oleh penduduk dalam menjayakan gotong-royong dan pembinaan pondok pengawal baharu tersebut. Sekalung penghargaan juga buat mereka yang menyediakan makan-minum semasa aktiviti tersebut.