17 April 2017

Papan Tanda Jalan Rosak dan Salah Ejaan


Pada 13 April lepas, satu aduan berkenaan papan tanda jalan (Jalan Seremban Tiga 37) yang telah patah dan papan tanda jalan salah ejaan (Jalan Seremban Tiga 36) telah dibuat kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban.


Berikut adalah status semakan aduan yang telah dihantar kepada pihak MPS untuk rujukan Tuan / Puan. 


Terlebih dahulu, pihak Persatuan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MPS yang telah memberikan perhatian terhadap aduan yang telah dibuat. PPS3 berharap agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak MPS bagi memperbaiki papan tanda berkenaan.

Sehubungan dengan itu, semua Penduduk Taman Seremban 3 disarankan mengambil langkah proaktif untuk membuat aduan sekiranya terdapat sebarang kerosakan, gangguan atau perkara-perkara berkaitan yang memerlukan tindakan segera daripada pihak Persatuan Penduduk Seremban 3 melalui 2 cara berikut:
1. Menghantar mesej kepada AJK Persatuan Penduduk Seremban 3 di talian
  • 019 917 8986 (En. Jang)
  • 019 219 0418 (Hj. Nasir)
  • 011 3224 1197 (Pn. Aneem)
  • 012 606 9414 (En. Teo)
  • 017 634 5640 (Pn. Mimi)
  • 011 1181 5110 (En. Hazry)
  • 017 683 9131 (En. Siddiq)
  • 017 653 5763 (En. Zul Azri) 
2. Klik sini untuk mengisi borang aduan online.  

0 comments:

Post a Comment