Showing posts with label pps3. Show all posts
Showing posts with label pps3. Show all posts

16 April 2018

Kerja-Kerja Pemasangan Barrier Gate & Speed Bump Taman Seremban 3

16 April 2018 - Kerja-kerja pemasangan barrier gate dan speed bump Taman Seremban 3 sedang dilaksanakan oleh pihak pembekal. Penguatkuasaan penggunaan barrier gate ini akan dilaksanakan selepas pihak persatuan mengedarkan access card.

Sehubungan itu, mohon jasa baik semua residen untuk mengemaskini bayaran yuran keselamatan dengan kadar segera bagi mengelakkan kesulitan akses ke Taman Seremban 3.







14 March 2018

Penukaran Pas Masuk (Sementara) Taman Seremban 3


14 Mac 2018 (Rabu) - Hasil pemantauan dan laporan daripada Pengawal Keselamatan (PK) bertugas, terdapat residen di Taman Seremban 3 menggunakan pas lama yang telah difotokopi. Terdapat juga bukan residen TS3 turut memiliki pas fotokopi tersebut. Tindakan tidak bertanggungjawab ini merupakan satu ancaman terhadap keselamatan.

Bagi memastikan pemegang-pemegang pas adalah residen TS3, Persatuan telah mengeluarkan pas baharu khas untuk membezakan residen dan penyewa yang terdiri daripada pelajar-pelajar.

Kad ini akan dibezakan dari segi warna dan terdapat tarikh luput penggunaan. Selain itu setiap pelajar yang ingin memohon pas diminta mengisi borang dan menyertakan salinan kad pelajar sebagai pengesahan.

Bagi residen / pemilik rumah yang menggunakan pas masuk fotokopi, tuan / puan boleh mendapatkan 2 pas baharu yang diberikan percuma untuk setiap rumah (yang masih menggunakan pas fotokopi berwarna kuning).

Borang permohonan pas boleh didapati di pondok keselamatan.

Persatuan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Langkah ini diambil sebagai salah satu langkah transisi kepada penggunaan auto-barrier gate yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Sekian, terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama tuan / puan.

Persatuan Penduduk Taman Seremban 3
Bersatu. Mesra. Kerjasama.

5 March 2018

Aduan Selesai: Kerosakan Lampu Jalan


4 Mac 2018 (Ahad) - Untuk makluman semua residen, lampu jalan yang mengalami kerosakan telah diselenggara dan dibetulkan oleh pihak MPSNS. Sekiranya masih terdapat masalah, sila maklumkan kepada Persatuan Penduduk Taman Seremban 3.

Aduan berhubung anjing liar pula telah beberapa kali diajukan ke pihak MPSNS. Maklum balas daripada pihak MPS adalah mereka masih dalam proses untuk melantik syarikat. Sehubungan itu, PPTS3 menasihatkan semua residen agar lebih berhati-hati sementara perkara ini dapat diselesaikan.

Terima kasih. 

Persatuan Penduduk Taman Seremban 3
Bersatu. Mesra. Kerjasama.

23 February 2018

Pemakluman: Pelaksanaan Palang Automatik


Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) dalam proses membuat perolehan untuk palang automatik dengan sistem 'Access Card'. Pemasangan dijangka akan dilaksanakan dalam waktu terdekat. 

Sehubungan itu, PPTS3 memohon kerjasama semua residen untuk mengemaskini yuran keselamatan bagi mengelakkan masalah akses kenderaan anda.

Kerjasama semua residen didahului dengan ucapan terima kasih.

20 December 2017

PPTS3 Menerima Geran Persatuan Penduduk Tahun 2017


Syabas dan Tahniah kepada semua Penduduk Taman Seremban 3 kerana telah menerima Geran Persatuan Penduduk Tahun 2017 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berjumlah RM7,000.00.

Terima kasih dengan berkerjasama dan komitmen yang amat cemerlang semua Residensi TS3. Semoga TS3 akan lebih cemerlang pada masa hadapan!

18 October 2017

Happy Deepavali


Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Deepavali dari segi erti, ialah barisan cahaya terang. 

Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan residensi TS3 yang beragama Hindu!

24 July 2017

Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017


22 Julai 2017 (Sabtu) - Satu jamuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan bertempat di Taman Permainan, Taman Seremban 3. Jamuan ini dianjurkan oleh Kelab Badminton Taman Seremban 3 dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Seremban 3.

Majlis diadakan bermula jam 8 malam. Semua residensi tidak mengira kaum telah dijemput ke jamuan tersebut. Pihak polis dari Balai Mambau juga dijemput bagi memeriahkan lagi majlis.

PPTS3 dan pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada residensi yang dapat meluangkan masa bagi menghadiri majlis tersebut. Sekalung penghargaan juga kepada residensi yang membawa juadah potluck masing-masing.





  






Gotong-Royong Penyediaan Juadah Sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017


22 Julai 2017 (Sabtu) - Satu gotong-royong telah diadakan bagi menyediakan juadah sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilifitri 2017 yang dianjurkan oleh Kelab Badminton Taman Seremban 3 dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Seremban 3.

Juadah utama yang disediakan oleh pihak kelab adalah Rendang, Nasi Impit dan Mee Goreng. Residen adalah dialu-alukan sekiranya berhajat untuk membawa juadah potluck.

PPTS3 mengucapkan jutaan terima kasih kepada residen yang memberikan sumbangan sama ada dari segi wang ringgit atau tenaga bagi menjayakan majlis kita itu nanti.



  



13 July 2017

Undangan Majlis Sambutan Hari Raya Taman Seremban 3

Majlis Hari Raya Taman Seremban 3

Assalamuaikum / Salam Sejahtera / Salam S3,

Tuan/Puan Residen Taman Seremban 3, 

Makluman kepada semua residen, satu program Majlis Sambutan Hari Raya Taman Seremban 3 akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 22 Julai 2017 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam-10.00 malam
Tempat: Taman Permainan TS3
Konsep: Potluck

Majlis adalah anjuran Kelab Badminton Taman Seremban 3 dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Seremban 3.

Sedikit menu akan disediakan oleh pihak penganjur yang akan dimasak secara gotong royong. Kepada residen yang ingin menghulurkan sedekah / sumbangan bagi penyediaan menu ini, boleh hubungi cikgu Cikgu Jang (019-917 8986).

Dengan ini, dijemput kepada semua residen TS3 hadir bagi memeriahkan majlis disamping bersuai kenal bagi mengeratkan silaturahim antara kita. Mana yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita erat-eratkan.

Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan majlis ini.

Sekian terima kasih.