12 April 2017

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kecil Persatuan Penduduk Seremban 3


Pada 9 April yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seremban 3 buat kali pertama. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa orang ahli persatuan telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kecil yang berfungsi untuk mengelola dan mengaturkan kerja-kerja Pertubuhan serta membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. (Perlembagaan PPS3 Fasal 8, Seksyen 4)


Antara ahli-ahli yang telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2017 / 2018 adalah:


1. Pn. Anny Choo Sin Yoong
2. En. M. Sharmendran Nair
3. Pn. Gurnam Kaur Harbhajan Singh
4. En. Muhammad Zul Azri Abu Bakar
5. En. Muhammad Siddiq Zulkifle

Walaubagaimanapun, En. M. Sharmendran telah memutuskan untuk meletak jawatan sebagai AJK kerana ingin memberi laluan kepada ahli-ahli lain dan bagi menghormati keputusan beliau, pihak persatuan telah menerima perletakan jawatan tersebut.

Dalam perbincangan selama lebih 2 jam tersebut, banyak usul dan cadangan yang telah dilontarkan bagi menambah baik pentadbiran Persatuan Penduduk Seremban 3 dan akan diberikan perhatian yang sewajarnya untuk tindakan Persatuan. AJK juga turut membincangkan tentatif aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan untuk tahun 2017.

Selain daripada itu, Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik juga diberikan mandat untuk menerajui Biro-biro yang dirasakan bersesuaian dengan misi yang hendak dilaksanakan demi kebajikan penduduk Taman Seremban 3. Kerana kekurangan AJK, pencalonan bagi 4 orang lagi Ahli Jawatankuasa Kecil dibuka bagi semua ahli-ahli Persatuan Penduduk Seremban 3.

Diharapkan agar semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan diberikan mandat untuk menerajui biro pilihan mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik demi kebajikan dan kesejahteraan Penduduk Taman Seremban 3.


BIRO-BIRO DAN SKOP PORTFOLIO

1. BIRO KEBAJIKAN
Dipegang oleh: 
Skop Portfolio
  • Memastikan kebajikan penduduk kawasan kejiranan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak-pihak berkenaan.
  • Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan terutama status ibu tunggal, anak yatim, warga tua dan seterusnya mencari jalan penyelesaian dan cadangan untuk sebarang masalah berkaitan kebajikan penghuni seperti berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi masyarakat Muslim dan bukan muslim) dan Baitumal (bagi masyarakat Muslim).
  • Menyediakan carta statistik yang sentiasa dikemaskini bagi maklumat-maklumat di atas untuk memudahkan pemantuan Biro Kebajikan.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah kebajikan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.

2. BIRO KESIHATAN & KEBERSIHAN
Dipegang oleh: En. Muhammad Siddiq Zulkifle
Skop Portfolio
  • Memastikan kebersihan kawasan perumahan dan persekitarannya dalam keadaan terkawal. Biro Kebersihan perlu mendapatkan kerjasama daripada penduduk setempat atau memaklumkan bahawa isu kebersihan ini perlu ditangani secara bersama. Jika perlu satu notis peringatan kepada penduduk dipaparkan di kawasan yang strategik.
  • Memastikan kebersihan dikekalkan semula seperti sediakala selepas apa-apa program dijalankan.
  • Menyusun program-program kebersihan seperti mengadakan Gotong Royong Perdana serta bekerjasama dengan COMBI, RELA. SRS. KRT dalam aspek kebersihan khususnya menangani masalah pembiakan Denggi.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah kebersihan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.

3. BIRO KESELAMATAN
Dipegang oleh: En. Riduzan Razaly
Skop Portfolio

  • Mewujudkan sistem keselamatan di kawasan kejiranan dan memastikan ia berjalan lancar.
  • Memastikan masalah sosial seperti budaya lepak, mat rempit, penyalahgunaan dadah dan khalwat tidak menular di kawasan kejiranan.
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO yang fokus kepada hal-hal berkaitan keselamatan seperti Polis, Bomba, Pejabat Agama, ADK, JPA, RELA dan SRS.
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kesedaran terhadap keselamatan seperti mengadakan pameran dan ceramah keselamatan.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah keselamatan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.

4. BIRO KEBUDAYAAN
Dipegang oleh: Pn. Gurnam Kaur Harbhajan Singh
Skop Portfolio

  • Menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti sosial dan kebudayaan serta memastikan ia memberi impak positif dalam penyatuan dan perpaduan semua kaum di kawasan kejiranan.
  • Memastikan nilai-nilai kebudayaan antara semua kaum terpelihara dan dapat diwarisi oleh generasi muda.
  • Memastikan ada slot khas untuk aktiviti Biro Kebudayaan dalam taqwim tahunan persatuan.

5. BIRO PENDIDIKAN
Dipegang oleh: 
Skop Portfolio

  • Merancang serta menyusun aktiviti-aktiviti pendidikan seperti mengadakan ceramah, motivasi, kem pendidikan pelajar dan seumpamanya.
  • Mengadakan klinik SPM, PMR dan UPSR khas untuk pelajar-pelajar yang terbabit dalam peperiksaan.
  • Bekerjasama dengan Biro Kebajikan untuk mencari dana atau sumber-sumber yang boleh membantu para pelajar yang menghadapi masalah kewangan.
  • Memastikan ada slot pendidikan dalam taqwim tahunan persatuan.

6. BIRO INFRASTRUKTUR
Dipegang oleh: En. Teo Chun Lin 
Skop Portfolio

  • Memastikan prasarana kawasan persekitaran tidak ketinggalan dari segi kemudahan asas kepada kemudahan tambahan serta memastikan juga prasarana yang sedia ada dapat dikendali dengan baik dan berfungsi seperti sepatutnya.
  • Mencari peluang-peluang yang boleh meningkatkan sosio-ekonomi penghuni.
  • Bekerjasama dengan lain-lain Biro demi perlaksanaan pembangunan fizik, ekonomi dan sosio budaya.
  • Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah pembangunan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.

7. BIRO SUKAN
Dipegang oleh: En. Muhammad Zul Azri Abu Bakar
Skop Portfolio

  • Merancang aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi sama ada yang melibatkan hanya penduduk Taman Seremban 3 atau dengan penduduk taman perumahan lain atau dengan mana-mana jabatan kerajaan atau swasta atau badan NGO lainnya.
  • Mengko-ordinasi aktiviti sukan ourdoor game seperti bolasepak dan hoki atau indoor game seperti futsall dan bowling.
  • Mendapatkan peluang untuk penduduk Taman Seremban 3 menonton perlawanan pelbagai jenis sukan seperti bolasepak dan badminton atau mengadakan rombongan khas untuk menyaksikan acara-acara sukan peringkat Negeri atau Kebangsaan.
  • Menganjurkan kem rekreasi atau bekerjasama dengan lain-lain agensi atau menyertai kem rekreasi dari agensi lain sebagai salah satu slot riadah penduduk Taman Seremban 3.
  • Memastikan ada slot sukan dan rekreasi dalam taqwim tahunan persatuan.

8. BIRO ICT & MEDIA SOSIAL
Dipegang oleh: 
Skop Portfolio
  • Mengurustadbir laman blog dan media sosial PPS3.
  • Memastikan segala aktiviti yang dijalankan didokumenkan dalam bentuk gambar-gambar untuk tujuan rujukan dan pengisian dalam laman blog.
  • Memastikan peralatan dan keperluan untuk pengambaran dan sistem PA; dalam keadaan sedia guna seperti kamera, kad memori, bateri, pembesar suara, microphone dan termasuk juga rostrum.
  • Bekerjasama dengan setiausaha dan editor dalam memilih gambar-gambar untuk laporan aktiviti bergambar dalam blog.

0 comments:

Post a Comment