RESIDENSI TAMAN SEREMBAN 3

BERSATU | MESRA | KERJASAMA

  • AWAM

  • RESIDENSI

  • Aktiviti Residensi Taman Seremban 3

    16 April 2018

    Kerja-Kerja Pemasangan Barrier Gate & Speed Bump Taman Seremban 3

    16 April 2018 - Kerja-kerja pemasangan barrier gate dan speed bump Taman Seremban 3 sedang dilaksanakan oleh pihak pembekal. Penguatkuasaan penggunaan barrier gate ini akan dilaksanakan selepas pihak persatuan mengedarkan access card.

    Sehubungan itu, mohon jasa baik semua residen untuk mengemaskini bayaran yuran keselamatan dengan kadar segera bagi mengelakkan kesulitan akses ke Taman Seremban 3.







    14 March 2018

    Penukaran Pas Masuk (Sementara) Taman Seremban 3


    14 Mac 2018 (Rabu) - Hasil pemantauan dan laporan daripada Pengawal Keselamatan (PK) bertugas, terdapat residen di Taman Seremban 3 menggunakan pas lama yang telah difotokopi. Terdapat juga bukan residen TS3 turut memiliki pas fotokopi tersebut. Tindakan tidak bertanggungjawab ini merupakan satu ancaman terhadap keselamatan.

    Bagi memastikan pemegang-pemegang pas adalah residen TS3, Persatuan telah mengeluarkan pas baharu khas untuk membezakan residen dan penyewa yang terdiri daripada pelajar-pelajar.

    Kad ini akan dibezakan dari segi warna dan terdapat tarikh luput penggunaan. Selain itu setiap pelajar yang ingin memohon pas diminta mengisi borang dan menyertakan salinan kad pelajar sebagai pengesahan.

    Bagi residen / pemilik rumah yang menggunakan pas masuk fotokopi, tuan / puan boleh mendapatkan 2 pas baharu yang diberikan percuma untuk setiap rumah (yang masih menggunakan pas fotokopi berwarna kuning).

    Borang permohonan pas boleh didapati di pondok keselamatan.

    Persatuan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Langkah ini diambil sebagai salah satu langkah transisi kepada penggunaan auto-barrier gate yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

    Sekian, terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama tuan / puan.

    Persatuan Penduduk Taman Seremban 3
    Bersatu. Mesra. Kerjasama.

    5 March 2018

    Aduan Selesai: Kerosakan Lampu Jalan


    4 Mac 2018 (Ahad) - Untuk makluman semua residen, lampu jalan yang mengalami kerosakan telah diselenggara dan dibetulkan oleh pihak MPSNS. Sekiranya masih terdapat masalah, sila maklumkan kepada Persatuan Penduduk Taman Seremban 3.

    Aduan berhubung anjing liar pula telah beberapa kali diajukan ke pihak MPSNS. Maklum balas daripada pihak MPS adalah mereka masih dalam proses untuk melantik syarikat. Sehubungan itu, PPTS3 menasihatkan semua residen agar lebih berhati-hati sementara perkara ini dapat diselesaikan.

    Terima kasih. 

    Persatuan Penduduk Taman Seremban 3
    Bersatu. Mesra. Kerjasama.

    4 March 2018

    Gotong-Royong Mengalih Pondok Pengawal Sementara Ke Kawasan Lapang Bersebelahan Fasa 1 Taman Seremban 3


    4 Mac 2018 (Ahad) - Jutaan terima kepada semua yang telah sudi datang membantu mengalihkan pondok pengawal sementara ke kawasan lapang bersebelahan fasa 1. Pondok pengawal ini akan menjadi post pengawal keselamatan bagi mengawal akses masuk secara tidak sah sehingga pembinaan pagar selesai. 

    Kerjasama dan tenaga tuan-tuan adalah amat amat dihargai. Terima kasih atas keprihatinan residen termasuk pelajar-pelajar UiTM Seremban 3 yang turut sama membantu. Semoga jasa baik semua dirahmati Allah.

    23 February 2018

    Pemakluman: Pelaksanaan Palang Automatik


    Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) dalam proses membuat perolehan untuk palang automatik dengan sistem 'Access Card'. Pemasangan dijangka akan dilaksanakan dalam waktu terdekat. 

    Sehubungan itu, PPTS3 memohon kerjasama semua residen untuk mengemaskini yuran keselamatan bagi mengelakkan masalah akses kenderaan anda.

    Kerjasama semua residen didahului dengan ucapan terima kasih.

    1 January 2018

    Notis Pemberitahuan


    4 Januari 2018 - Notis pemberitahuan berhubung:-
    1. Kelulusan pemasangan meter TNB dan SAINS untuk pondok pengawal TS3
    2. Kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor MA Elekscon
    3. Pemasangan CCTV, Auto-barrier gate, speedbump dan lain-lain selepas selesai kerja-kerja diatas
    4. Penganugerahan geran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)

     

    RESIDENSI TAMAN SEREMBAN 3

    Residensi Taman Seremban 3 (TS3) komited menjadikan TS3 sebuah penempatan yang ideal, selamat, bersatu padu dan harmoni. Kepelbagaian kaum dan latar belakang tidak menghalang Residensi TS3 berkerjasama dan memberi komitmen yang amat cemerlang dalam mencapai objektif yang ditetapkan bersama. Semoga Residensi TS3 sentiasa cemerlang pada masa hadapan!

    Residensi Taman Seremban 3

    BERSATU . MESRA . KERJASAMA