13 April 2018 - Kerja-kerja pemasangan lightbox Taman Seremban 3 telah sempurna dilaksanakan oleh pihak pembekal. Untuk makluman semua residensi, kerja-kerja pemasangan pagar akan menyusul dan dijangka akan dilaksanakan pada minggu hadapan.
Showing posts with label ajk. Show all posts
Showing posts with label ajk. Show all posts
13 April 2018
5 March 2018
Aduan Selesai: Kerosakan Lampu Jalan
4 Mac 2018 (Ahad) - Untuk makluman semua residen, lampu jalan yang mengalami kerosakan telah diselenggara dan dibetulkan oleh pihak MPSNS. Sekiranya masih terdapat masalah, sila maklumkan kepada Persatuan Penduduk Taman Seremban 3.
Aduan berhubung anjing liar pula telah beberapa kali diajukan ke pihak MPSNS. Maklum balas daripada pihak MPS adalah mereka masih dalam proses untuk melantik syarikat. Sehubungan itu, PPTS3 menasihatkan semua residen agar lebih berhati-hati sementara perkara ini dapat diselesaikan.
Aduan berhubung anjing liar pula telah beberapa kali diajukan ke pihak MPSNS. Maklum balas daripada pihak MPS adalah mereka masih dalam proses untuk melantik syarikat. Sehubungan itu, PPTS3 menasihatkan semua residen agar lebih berhati-hati sementara perkara ini dapat diselesaikan.
Terima kasih.
Persatuan Penduduk Taman Seremban 3
Bersatu. Mesra. Kerjasama.
4 March 2018
Gotong-Royong Mengalih Pondok Pengawal Sementara Ke Kawasan Lapang Bersebelahan Fasa 1 Taman Seremban 3
4 Mac 2018 (Ahad) - Jutaan terima kepada semua yang telah sudi datang membantu mengalihkan pondok pengawal sementara ke kawasan lapang bersebelahan fasa 1. Pondok pengawal ini akan menjadi post pengawal keselamatan bagi mengawal akses masuk secara tidak sah sehingga pembinaan pagar selesai.
Kerjasama dan tenaga tuan-tuan adalah amat amat dihargai. Terima kasih atas keprihatinan residen termasuk pelajar-pelajar UiTM Seremban 3 yang turut sama membantu. Semoga jasa baik semua dirahmati Allah.
23 February 2018
Pemakluman: Pelaksanaan Palang Automatik
ajk
Geran Persatuan Penduduk
keselamatan
pas masuk
pondok pengawal
pps3
ROS
taman seremban 3
yuran persatuan
17:28
Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) dalam proses membuat perolehan untuk palang automatik dengan sistem 'Access Card'. Pemasangan dijangka akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Sehubungan itu, PPTS3 memohon kerjasama semua residen untuk mengemaskini yuran keselamatan bagi mengelakkan masalah akses kenderaan anda.
Kerjasama semua residen didahului dengan ucapan terima kasih.
4 January 2018
Kerja-kerja Pemasangan Meter TNB & SAINS Untuk Pondok Pengawal
4 Januari 2018 - Kerja-kerja pemasangan meter TNB & SAINS untuk pondok pengawal yang dijalankan oleh kontraktor MA Elekscon.
1 January 2018
Notis Pemberitahuan
4 Januari 2018 - Notis pemberitahuan berhubung:-
- Kelulusan pemasangan meter TNB dan SAINS untuk pondok pengawal TS3
- Kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor MA Elekscon
- Pemasangan CCTV, Auto-barrier gate, speedbump dan lain-lain selepas selesai kerja-kerja diatas
- Penganugerahan geran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
20 December 2017
PPTS3 Menerima Geran Persatuan Penduduk Tahun 2017
Syabas dan Tahniah kepada semua Penduduk Taman Seremban 3 kerana telah menerima Geran Persatuan Penduduk Tahun 2017 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berjumlah RM7,000.00.
Terima kasih dengan berkerjasama dan komitmen yang amat cemerlang semua Residensi TS3. Semoga TS3 akan lebih
cemerlang pada masa hadapan!
6 October 2017
Aduan Selesai: Papan Tanda Taman Seremban 3 Patah
Pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah membaiki papan tanda yang telah patah akibat dilanggar terdahulu.
Residensi Taman Seremban 3 mengucapkan
terima kasih dan tahniah atas tindakan segera MPS dalam menangani aduan
yang telah diajukan oleh Persatuan Penduduk Taman Seremban 3. Syabas!

16 May 2017
Mesyuarat Jawatankuasa PPTS3 Bil 2/2017
14 Mei 2017 (Ahad) - Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) Bil 2/2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Latihan Lavender, Senawang. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh En Mohd Riduzan Razaly, Pengerusi PPTS3. Seramai 7 orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) telah hadir iaitu Hj. Mohamad Nasir
Jaafar (Timbalan Pengerusi), Pn. Aneem (Setiausaha), En. Teo Chun Lin
(Penolong Setiausaha), Pn. Rohani Abdullah (Bendahari), En Ahmad Hazry (Biro ICT & Media Sosial), En Muhammad Siddiq (Biro Kesihatan & Kebersihan) dan En Alam Shah.
Mesyuarat juga telah melantik En Alam Shah dan En Dailami sebagai AJK baharu untuk mengisi kekosongan jawatan dalam PPTS3.
Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah kelulusan permohonan ahli baharu, penggunaan pas masuk sementara dan pas pelawat, pembinaan pagar, program kesihatan dan pembentangan usul dan cadangan.
Mesyuarat ditunda pada jam 5 petang yang disusuli dengan jamuan ringan (pot-luck).
28 April 2017
Sesi Gotong-Royong & Ramah Mesra Taman Seremban 3
Sekali lagi satu sesi gotong-royong dan ramah mesra telah diadakan pada petang semalam (27 April 2017) bermula jam 5.30 petang. Sesi gotong-royong pada kali ini bertujuan untuk memastikan laluan utama ke Taman Seremban 3 berhampiran pondok pegawal adalah bersih dan tiada halangan terutama pada kenderaan berat seperti lori SWM. Memandangkan sebahagian jalan masuk tersebut telah disekat untuk memberi laluan kepada pembangunan pondok pengawal baharu.
Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang meluangkan masa untuk hadir ke sesi gotong-royong tersebut walaupun perancangan dan pemaklumannya agak lewat. Terima kasih juga kepada Puan Bella Azahar kerana menyumbang minuman dan kuih-muih.
12 April 2017
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kecil Persatuan Penduduk Seremban 3
Pada 9 April yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seremban 3 buat kali pertama. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa orang ahli persatuan telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kecil yang berfungsi untuk mengelola dan mengaturkan kerja-kerja Pertubuhan serta membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. (Perlembagaan PPS3 Fasal 8, Seksyen 4)
Antara ahli-ahli yang telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2017 / 2018 adalah:
1. Pn. Anny Choo Sin Yoong
2. En. M. Sharmendran Nair
3. Pn. Gurnam Kaur Harbhajan Singh
4. En. Muhammad Zul Azri Abu Bakar
5. En. Muhammad Siddiq Zulkifle
Walaubagaimanapun, En. M. Sharmendran telah memutuskan untuk meletak jawatan sebagai AJK kerana ingin memberi laluan kepada ahli-ahli lain dan bagi menghormati keputusan beliau, pihak persatuan telah menerima perletakan jawatan tersebut.
Dalam perbincangan selama lebih 2 jam tersebut, banyak usul dan cadangan yang telah dilontarkan bagi menambah baik pentadbiran Persatuan Penduduk Seremban 3 dan akan diberikan perhatian yang sewajarnya untuk tindakan Persatuan. AJK juga turut membincangkan tentatif aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan untuk tahun 2017.
Selain daripada itu, Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik juga diberikan mandat untuk menerajui Biro-biro yang dirasakan bersesuaian dengan misi yang hendak dilaksanakan demi kebajikan penduduk Taman Seremban 3. Kerana kekurangan AJK, pencalonan bagi 4 orang lagi Ahli Jawatankuasa Kecil dibuka bagi semua ahli-ahli Persatuan Penduduk Seremban 3.
Diharapkan agar semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan diberikan mandat untuk menerajui biro pilihan mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik demi kebajikan dan kesejahteraan Penduduk Taman Seremban 3.
BIRO-BIRO DAN SKOP PORTFOLIO
1. BIRO KEBAJIKAN
Dipegang oleh:
Skop Portfolio
- Memastikan kebajikan penduduk
kawasan kejiranan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak-pihak
berkenaan.
- Mendapatkan maklumat-maklumat
berkaitan terutama status ibu tunggal, anak yatim, warga tua dan
seterusnya mencari jalan penyelesaian dan cadangan untuk sebarang masalah
berkaitan kebajikan penghuni seperti berhubung dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (bagi masyarakat Muslim dan bukan muslim) dan Baitumal (bagi
masyarakat Muslim).
- Menyediakan carta statistik
yang sentiasa dikemaskini bagi maklumat-maklumat di atas untuk memudahkan
pemantuan Biro Kebajikan.
- Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah kebajikan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.
2. BIRO KESIHATAN & KEBERSIHAN
Dipegang oleh: En. Muhammad Siddiq Zulkifle
Skop Portfolio
- Memastikan kebersihan kawasan
perumahan dan persekitarannya dalam keadaan terkawal. Biro Kebersihan
perlu mendapatkan kerjasama daripada penduduk setempat atau memaklumkan
bahawa isu kebersihan ini perlu ditangani secara bersama. Jika perlu satu
notis peringatan kepada penduduk dipaparkan di kawasan yang strategik.
- Memastikan kebersihan
dikekalkan semula seperti sediakala selepas apa-apa program dijalankan.
- Menyusun program-program kebersihan seperti mengadakan Gotong Royong Perdana serta bekerjasama dengan COMBI, RELA. SRS. KRT dalam aspek kebersihan khususnya menangani masalah pembiakan Denggi.
- Sebagai Biro awal yang menerima laporan berkaitan masalah kebersihan yang kemudian memanjangkannya dalam mesyuarat persatuan.
3. BIRO KESELAMATAN
Dipegang oleh: En. Riduzan Razaly
Skop Portfolio
- Mewujudkan sistem keselamatan
di kawasan kejiranan dan memastikan ia berjalan lancar.
- Memastikan masalah sosial
seperti budaya lepak, mat rempit, penyalahgunaan dadah dan khalwat tidak
menular di kawasan kejiranan.
- Bekerjasama dengan
agensi-agensi kerajaan dan NGO yang fokus kepada hal-hal berkaitan
keselamatan seperti Polis, Bomba, Pejabat Agama, ADK, JPA, RELA dan SRS.
- Mengadakan aktiviti-aktiviti yang
boleh memberi kesedaran terhadap keselamatan seperti mengadakan pameran
dan ceramah keselamatan.
- Sebagai Biro awal yang menerima
laporan berkaitan masalah keselamatan yang kemudian memanjangkannya dalam
mesyuarat persatuan.
4. BIRO KEBUDAYAAN
Dipegang oleh: Pn. Gurnam Kaur Harbhajan Singh
Skop Portfolio
- Menyusun dan merancang
aktiviti-aktiviti sosial dan kebudayaan serta memastikan ia memberi impak
positif dalam penyatuan dan perpaduan semua kaum di kawasan kejiranan.
- Memastikan nilai-nilai
kebudayaan antara semua kaum terpelihara dan dapat diwarisi oleh generasi
muda.
- Memastikan ada slot khas untuk
aktiviti Biro Kebudayaan dalam taqwim tahunan persatuan.
5. BIRO PENDIDIKAN
Dipegang oleh:
Skop Portfolio
- Merancang serta menyusun
aktiviti-aktiviti pendidikan seperti mengadakan ceramah, motivasi, kem
pendidikan pelajar dan seumpamanya.
- Mengadakan klinik SPM, PMR dan
UPSR khas untuk pelajar-pelajar yang terbabit dalam peperiksaan.
- Bekerjasama dengan Biro
Kebajikan untuk mencari dana atau sumber-sumber yang boleh membantu para
pelajar yang menghadapi masalah kewangan.
- Memastikan ada slot pendidikan
dalam taqwim tahunan persatuan.
6. BIRO INFRASTRUKTUR
Dipegang oleh: En. Teo Chun Lin
Skop Portfolio
- Memastikan prasarana kawasan
persekitaran tidak ketinggalan dari segi kemudahan asas kepada kemudahan
tambahan serta memastikan juga prasarana yang sedia ada dapat dikendali
dengan baik dan berfungsi seperti sepatutnya.
- Mencari peluang-peluang yang
boleh meningkatkan sosio-ekonomi penghuni.
- Bekerjasama dengan lain-lain
Biro demi perlaksanaan pembangunan fizik, ekonomi dan sosio budaya.
- Sebagai Biro awal yang menerima
laporan berkaitan masalah pembangunan yang kemudian memanjangkannya dalam
mesyuarat persatuan.
7. BIRO SUKAN
Dipegang oleh: En. Muhammad Zul Azri Abu Bakar
Skop Portfolio
- Merancang aktiviti berkaitan
sukan dan rekreasi sama ada yang melibatkan hanya penduduk Taman Seremban
3 atau dengan penduduk taman perumahan lain atau dengan mana-mana jabatan
kerajaan atau swasta atau badan NGO lainnya.
- Mengko-ordinasi aktiviti sukan
ourdoor game seperti bolasepak dan hoki atau indoor game seperti futsall
dan bowling.
- Mendapatkan peluang untuk penduduk
Taman Seremban 3 menonton perlawanan pelbagai jenis sukan seperti
bolasepak dan badminton atau mengadakan rombongan khas untuk menyaksikan
acara-acara sukan peringkat Negeri atau Kebangsaan.
- Menganjurkan kem rekreasi atau
bekerjasama dengan lain-lain agensi atau menyertai kem rekreasi dari
agensi lain sebagai salah satu slot riadah penduduk Taman Seremban 3.
- Memastikan ada slot sukan dan
rekreasi dalam taqwim tahunan persatuan.
8. BIRO ICT & MEDIA SOSIAL
Dipegang oleh:
Skop Portfolio
- Mengurustadbir laman blog dan
media sosial PPS3.
- Memastikan segala aktiviti yang
dijalankan didokumenkan dalam bentuk gambar-gambar untuk tujuan rujukan
dan pengisian dalam laman blog.
- Memastikan peralatan dan
keperluan untuk pengambaran dan sistem PA; dalam keadaan sedia guna
seperti kamera, kad memori, bateri, pembesar suara, microphone dan
termasuk juga rostrum.
- Bekerjasama dengan setiausaha
dan editor dalam memilih gambar-gambar untuk laporan aktiviti bergambar
dalam blog.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bilangan Pelawat
Facebook Residensi TS3
ARTIKEL MENARIK
-
Pada 9 April yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seremban 3 buat kali pertama. Dalam mesyuarat ter...
-
Untuk makluman semua ahli Persatuan Penduduk Seremban 3, terdapat 2 jenis bayaran yuran yang dibayar kepada akaun Maybank Persatuan P...
-
Pada 13 April lepas, satu aduan berkenaan papan tanda jalan (Jalan Seremban Tiga 37) yang telah patah dan papan tanda jalan salah ejaan...
-
Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) dalam proses membuat perolehan untuk palang automatik dengan sistem 'Access Card'. P...
-
16 April 2018 - Kerja-kerja pemasangan barrier gate dan speed bump Taman Seremban 3 sedang dilaksanakan oleh pihak pembekal. Penguatkuasa...
-
Pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah mengambil tindakan pembaikan pada papan tanda yang telah rosak dan salah ejaan seperti ad...
-
Kerja-kerja pembinaan pondok pengawal Taman Seremban 3 secara rasmi telah bermula pada hari ini (27 April 2017) dan dijangka siap dala...
-
Bagi tujuan keselamatan dan kawalan keluar masuk ke Taman Seremban 3, Persatuan Taman Seremban 3 (PPTS3) telah mengimplimentasi Penggun...
-
14 Mac 2018 (Rabu) - Hasil pemantauan dan laporan daripada Pengawal Keselamatan (PK) bertugas, terdapat residen di Taman Seremban 3 me...
-
21 Februari 2018 - Kerja-kerja pendawaian dan pemasangan CCTV di Pondok Pegawal Taman Seremban 3



























