Showing posts with label ROS. Show all posts
Showing posts with label ROS. Show all posts

23 February 2018

Pemakluman: Pelaksanaan Palang Automatik


Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) dalam proses membuat perolehan untuk palang automatik dengan sistem 'Access Card'. Pemasangan dijangka akan dilaksanakan dalam waktu terdekat. 

Sehubungan itu, PPTS3 memohon kerjasama semua residen untuk mengemaskini yuran keselamatan bagi mengelakkan masalah akses kenderaan anda.

Kerjasama semua residen didahului dengan ucapan terima kasih.

1 January 2018

Notis Pemberitahuan


4 Januari 2018 - Notis pemberitahuan berhubung:-
  1. Kelulusan pemasangan meter TNB dan SAINS untuk pondok pengawal TS3
  2. Kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor MA Elekscon
  3. Pemasangan CCTV, Auto-barrier gate, speedbump dan lain-lain selepas selesai kerja-kerja diatas
  4. Penganugerahan geran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)

20 December 2017

PPTS3 Menerima Geran Persatuan Penduduk Tahun 2017


Syabas dan Tahniah kepada semua Penduduk Taman Seremban 3 kerana telah menerima Geran Persatuan Penduduk Tahun 2017 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berjumlah RM7,000.00.

Terima kasih dengan berkerjasama dan komitmen yang amat cemerlang semua Residensi TS3. Semoga TS3 akan lebih cemerlang pada masa hadapan!

30 March 2017

Penyertaan AJK PPS3 ke Program Turun Padang (Outreach) ROS dan MPS

Taman Seremban 3


SEREMBAN 2 - Satu sesi Program Turun Padang (Outreach) Bil 3/2017 telah diadakan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 30 Mac 2017 bertempat di Dewan Pavilion, LPPKN, Seremban 2.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada semua pertubuhan  dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada ROS seperti menghantar laporan tahunan. Aktiviti turun padang juga menyediakan platform kepada ROS untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai kepentingan mendaftarkan pertubuhan.

Taman Seremban 3

Taman Seremban 3


Pihak ROS juga turut membentangkan Code Of Good Governance yang di dalamnya terkandung kod tadbir urus baik bagi pertubuhan.

MPS telah menekan berhubung aspek keselamatan seperti Gated Community & Guarded Neighbourhood dan perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh persatuan dalam melaksanakannya.
Persatuan Taman Seremban 3 (PPS3) diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Tn Hj Muhamad Nasir Jaafar dan Setiausaha, Pn Norrazila (Aneem) Hj Idris telah menghadiri program tersebut.