11 April 2017

Mesyuarat Jawatankuasa PPS3 Kali Pertama Bagi Sesi 2017/2018

Taman Seremban 3

Semalam (Isnin - 9 April 2017) telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa PPS3 kali Pertama bagi sesi 2017 / 2018 yang diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Telapak Undang, UiTM Seremban 3. Mesyuarat yang bermula pada jam 2 petang itu telah dipengerusikan oleh Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk Seremban 3 iaitu En. Mohd Riduzan Razaly dan dihadiri seramai 8 orang Ahli Jawatankuasa iaitu Hj. Mohamad Nasir Jaafar (Timbalan Pengerusi), Pn. Aneem (Setiausaha), En. Teo Chun Lin (Penolong Setiausaha) dan Pn. Anny Choo Sin Yoong. Mesyuarat kali ini turut disertai oleh Pn. Rohani Abdullah, Pn. Gurnam Kaur dan En. Muhammad Zul Azri yang telah hadir atas jemputan Persatuan Penduduk Seremban 3 bagi melantik mereka secara rasmi sebagai Ahli Jawatankuasa PPS3 sesi 2017 / 2018.

Pn. Rohani Abdullah telah dilantik sebagai Bendahari sesi 2017 / 2018 bagi menggantikan En. Pang Chee Keong yang telah meletakkan jawatan pada 26 Mac 2017 lalu.

Antara agenda-agenda yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa kali Pertama ini adalah laporan mengenai aktiviti dan perkembangan terkini PPS3, laporan kursus dan program Outreach bersama ROS, kelulusan permohonan keahlian baru, pengenalan biro-biro dan peranan AJK, cadangan aktiviti bagi tahun 2017, pelantikan AJK dan Juruaudit PPS3 sesi 2017 / 2018 dan pembentangan usul dan cadangan.

Selesai mesyuarat, Ahli Jawatankuasa telah disajikan dengan hidangan yang telah disediakan secara 'pot-luck'.

Persatuan Penduduk Seremban 3 berharap agar semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawap dan amanah bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan Penduduk Taman Seremban 3 yang berterusan.

0 comments:

Post a Comment