16 May 2017

Mesyuarat Jawatankuasa PPTS3 Bil 2/2017


14 Mei 2017 (Ahad) - Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPTS3) Bil 2/2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Latihan Lavender, Senawang. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh En Mohd Riduzan Razaly, Pengerusi PPTS3. Seramai 7 orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) telah hadir iaitu Hj. Mohamad Nasir Jaafar (Timbalan Pengerusi), Pn. Aneem (Setiausaha), En. Teo Chun Lin (Penolong Setiausaha), Pn. Rohani Abdullah (Bendahari), En Ahmad Hazry (Biro ICT & Media Sosial), En Muhammad Siddiq (Biro Kesihatan & Kebersihan) dan En Alam Shah.

Mesyuarat juga telah melantik En Alam Shah dan En Dailami sebagai AJK baharu untuk mengisi kekosongan jawatan dalam PPTS3.

Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah kelulusan permohonan ahli baharu, penggunaan pas masuk sementara dan pas pelawat, pembinaan pagar, program kesihatan dan pembentangan usul dan cadangan.

Mesyuarat ditunda pada jam 5 petang yang disusuli dengan jamuan ringan (pot-luck).

0 comments:

Post a Comment