Pada pagi Isnin (10 April 2017), berlaku satu kemalangan kecil yang melibatkan sebuah kereta Alza yang dinaiki sepasang suami isteri dari Rasah Jaya dan kereta Axia yang dipandu oleh pelajar UiTM yang menetap di Taman Seremban 3. Bagaimanapun mereka yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Cawangan Mambau sejurus selepas kejadian.
Sebelum ini beberapa kemalangan pernah berlaku di lokasi yang sama dan dipercayai antara faktor yang menjadi penyebab kepada kejadian ini adalah disebabkan pokok-pokok kelapa sawit di bahu jalan yang menjadi halangan penglihatan kepada pemandu-pemandu yang ingin keluar dari simpang ke Persiaran Seremban Tiga 1 dan mereka yang memandu dari arah Rasah Jaya / UiTM Seremban 3.
Oleh yang demikian, Persatuan Penduduk Seremban 3 telah membuat satu aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) supaya mengambil tindakan segera untuk mencantas pelepah-pelepah pokok kelapa sawit supaya tidak menghadkan pandangan seterusnya membahayakan pengguna jalanraya.
Setakat hari ini, aduan yang telah dibuat telah diterima oleh pihak MPS untuk tindakan selanjutnya. Pihak Persatuan Penduduk Seremban 3 juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua Penduduk Taman Seremban 3 supaya lebih berhati-hati dan sentiasa peka sewaktu memandu keluar daripada simpang Taman Seremban 3 ke jalan utama.
0 comments:
Post a Comment