12 April 2017

Permohonan dan Kemaskini Maklumat Keahlian Secara Online


1. PERMOHONAN BARU


Persatuan Penduduk Seremban 3 ingin memaklumkan kepada semua penduduk Taman Seremban 3 bahawa pendaftaran untuk menjadi ahli adalah dibuka sepanjang tahun.

Borang pendaftaran boleh dimuat-turun disini atau dapatkan daripada Pondok Pengawal Keselamatan Taman Seremban 3. Borang yang telah diisikan boleh dihantar kepada Setiausaha Persatuan atau faks ke 06-630 3365 atau emelkan ke pps3.official@gmail.com beserta salinan kad pengenalan pemohon untuk rujukan pihak ROS.

Proses pendaftaran keahlian baru boleh dibuat secara online di pautan di bawah:




2. AHLI-AHLI YANG SUDAH BERDAFTAR


Semua ahli berdaftar adalah diminta untuk mengemaskini maklumat keahlian dan menjelaskan yuran tahunan yang tertunggak dengan kadar segera bagi mengelakkan dari hak keahlian digantung.

Bagi memudahkan penduduk, proses mengemaskini maklumat ahli juga boleh dilakukan secara online di pautan di bawah.



YURAN*

Yuran pendaftaran bagi permohonan keahlian baru adalah RM15 dan yuran tahunan adalah sebanyak RM5 (perlu dibayar pada setiap awal tahun). Pembayaran yuran perlu dibuat melalui akaun berikut:- Maybank Persatuan Penduduk Seremban 3 iaitu:

Akaun Maybank Persatuan Penduduk Seremban 3 - 5551 7151 5063

Selepas bayaran yuran dibuat, sila emelkan resit transaksi ke pps3.official@gmail.com atau hantarkan 'screenshot' resit bayaran ke 011-3922 1970 untuk tindakan Persatuan.

(*YURAN yang dimaksudkan adalah YURAN PENDAFTARAN dan YURAN TAHUNAN KEAHLIAN SAHAJA). 

0 comments:

Post a Comment