15 June 2017

Program Ziarah & Selawat Taman Seremban 3 Sempena Bulan Syawal 1438H


Sempena menyambut bulan Syawal ini, Persatuan Taman Seremban 3 menganjurkan PROGRAM ZIARAH & SELAWAT TAMAN SEREMBAN 3 bagi residensi Muslim. Berikut adalah maklumat program:-


TUJUAN
Mengadakan aktiviti ziarah dan selawat dari rumah ke rumah kejiranan Taman Seremban 3 sempena bulan Syawal.

OBJEKTIF
Membina hubungan persaudaraan dan mengeratkan silaturahim antara penduduk bagi memperkukuhkan jalinan persahabatan khususnya kaum muslimin (lelaki) di kalangan Penduduk Taman Seremban 3.

TADBIR URUS
Penasihat             : Pengerusi Persatuan Penduduk  Seremban 3
Ketua Program    : Ahmad Zaki bin Abdullah                                         

TARIKH PELAKSANAAN                                                                                                
7 hingga 23 Julai 2017

KAEDAH PELAKSANAAN
  • Penyertaan terbuka kepada penduduk Taman Seremban 3 yang berminat.
  • Selepas Isya’ (jam 9.00 mlm) berkumpul di depan tadika Ummu Balqis.
  • Satu hari 2-3 buah rumah dan mengikut lorong rumah. Jadual akan disediakan.
  • Ziarah dan berselawat beramai-ramai serta diakhiri dengan mendengar ucapan ringkas daripada tuan rumah / wakil rumah.
  • Tuan rumah dialu-alukan menyediakan hidangan kuih raya mahu pun juadah ringan atau sederhana tetapi TIDAK WAJIBKAN.
  • Tuan rumah boleh juga memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir sebagai sedekah.

Jika berminat, sila lengkapkan borang pada pautan dibawah sebelum 21 Jun 2017 (Rabu). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Ahmad Zaki bin Abdullah (013-7336667)

0 comments:

Post a Comment