13 June 2017

Jom Isi Borang Maklumat Balik Kampung

Borang Maklumat Balik Kampung

Bagi tujuan meningkatkan keselamatan masyarakat yang pulang ke kampung semasa musim perayaan, PDRM telah mengadakan satu program keselamatan balik kampung yang bertujuan mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk-penduduk kawasan berkenaan meninggalkan rumah mereka untuk pulang ke kampung bagi cuti perayaan. 

Oleh itu satu borang yang dinamakan 'Borang Maklumat: Balik Kampung' disediakan untuk diisi pemilik kediaman yang akan pulang dan bercuti sempena musim perayaan dan mengembalikannya kepada Balai Polis di kawasan mereka, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan. Bagi Residensi Taman Seremban 3, borang tersebut boleh diserahkan di Balai Polis Mambau.

Klik disini untuk muat turun Borang Maklumat Balik Kampung

TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH


Bila kes pecah rumah sering berlaku?

  1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
  2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
  3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.


 Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

  1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
  2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
  3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
  4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
  6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
  7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
  8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
  9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
  10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
  11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
  12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
  13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.


Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:

  1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  2. Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
  3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
  4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
  5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti penggera dan CCTV.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untuk mengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung, terutamanya ketika musim perayaan. 

0 comments:

Post a Comment