5 June 2017

Sesi Taklimat & Lawatan Tapak Projek Pembinaan Pagar Taman Seremban 3



Satu sesi taklimat dan lawatan tapak bagi sebutharga Projek Pembinaan Pagar Taman Seremban 3 telah diadakan pada 5 Jun 2017 jam 3 petang tadi. Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PPTS3 iaitu Tn Hj Nasir dan diurusetiakan oleh Pn Aneem dan Pn Rohani. 7 orang wakil kontraktor dari kawasan sekitar Seremban, Sikamat, Senawang dan PD telah hadir pada sesi taklimat tersebut. Sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut adalah wajib bagi menyertai sebutharga tersebut.

Tarikh akhir penyerahan sebutharga adalah pada 19 Jun 2017, jam 12 tengahari dimana semua kontraktor diminta untuk memasukkan sebutharga mereka ke dalam Peti Surat Berkunci yang akan diletakkan di Pondok Pengawal sementara. 


0 comments:

Post a Comment