Kenali Taman Seremban 3

06:59
Pelan Perumahan Taman Seremban 3

Taman Seremban 3 - Fasa 2 (TS3) telah dibuka sekitar tahun 2015 dengan jumlah 261 buah rumah keseluruhannya dimana ianya terdiri daripada 4 unit rumah berkembar 2 tingkat (40' x 80'), 101 unit rumah teres 2 tingkat (22' x 75'), 47 unit rumah teres setingkat (22' x 80') dan 109 unit rumah teres setingkat (20' x 65').

Sebuah kawasan lapang telah disediakan untuk tujuan riadah yang lengkap dengan fasiliti seperti gelanggang futsal,  jogging track, outdoor gym, 2 unit wakaf, 2 taman permainan kanak-kanak, kawasan refleksologi, bangku dan kerusi taman serta terdapat 2 kawasan lapang untuk pelbagai kegunaan. Selain itu terdapat juga kawasan yang telah di rizab kan untuk pembangunan Tadika dan Surau.

TS3 merupakan Gated Community & Guarded Neighbourhood dimana sebuah syarikat keselamatan telah dilantik untuk menjalankan kawalan keselamatan 24 jam x 7 hari. Satu pondok pengawal telah dibina berhampiran jalan masuk ke TS3 untuk menyaring keluar-masuk komuniti dan pelawat bagi tujuan keselamatan.

Persatuan Penduduk Taman Seremban 3 (PPS3) dan Rukun Tetangga Taman Seremban 3 telah ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal, kebajikan komuniti dan keselamatan komuniti TS3. Aktiviti-aktiviti komuniti dapat dirancang dan diselaras dengan baik dengan penubuhan persatuan-persatuan tersebut.

Lokasi strategik TS3 menjadikannya sebuah kawasan yang ideal untuk komuniti dalam menjalankan urusan harian.

Kerjasama, keterlibatan dan kesatuan komuniti merupakan tunjang utama bagi menjayakan segala perancangan dalam menjamin keharmonian dan keselamatan TS3.

Rumah berkembar 2 tingkat (40' x 80')

Rumah teres 2 tingkat (22' x 75')

Rumah teres setingkat (22' x 80')


Rumah teres setingkat (20' x 65')

Taman Seremban 3
Taman Permainan

Taman Seremban 3
Taman Permainan

Taman Seremban 3
Taman Permainan

Taman Seremban 3
Taman Permainan
Taman Seremban 3
Taman Permainan


Taman Seremban 3
Taman Permainan

Taman Seremban 3
Taman Permainan
  
Taman Seremban 3
Taman Permainan

Taman Seremban 3
Taman Permainan

0 comments:

Post a Comment