Lokasi Taman Seremban 3

17:40
Lokasi Taman Seremban 3

Seremban 3 ialah sebuah bandar satelit terletak hampir 8 kilometer di barat daya pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan. Seremban 3 kini mempunyai pusat pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban dan satu pusat membeli-belah iaitu UniCity Mall yang sedang dalam pembinaan. Seremban 3 terletak berhampiran dengan Rasah Jaya dan terletak di kawasan parlimen P130-Rasah dan N23-Mambau.

Taman Seremban 3 - Fasa 2 (TS3) merupakan sebuah taman perumahan yang dibuka sekitar tahun 2015 yang terdiri daripada 261 buah rumah pelbagai jenis. Lokasi TS3 adalah pada koordinat 2°40'21.6”N, 101°55'38.9”E.

Anggaran jarak antara TS3 ke beberapa tempat utama adalah seperti berikut:-

  • Stesen Minyak - Petronas / BHP / Shell / Petron - 200 meter
  • UiTM Seremban - 300 meter
  • UniCity Mall - 300 meter
  • Plaza Tol (PLUS) Exit Port Dickson - 1.9 km
  • Hospital Tuaku Jaafar, Seremban - 2.8 km
  • Mydin Seremban 2 - 7.5 km
  • Stesen KTM / Komuter Seremban - 7.7 km
  • AEON (Jusco) Seremban 2 - 9 km
  • Stesen Bas Terminal 1, Seremban - 10 km
  • Port Dickson - 31.5 km

0 comments:

Post a Comment